Wednesday 27 April 2011

Lawatan Kerja Penandaarasan JMSK PMS ke JMSK POLISAS.....



                                  
          Pada 9 march 2011 yang lepas,  JMSK PMS telah menganjurkan satu lawatan kerja penandaarasan ke JMSK POLISAS berteraskan perkongsian ilmu bertujuan untuk mempelajari perkara-perkara teknikal berkenaan pengurusan jabatan serta mengetahui teknologi sistem makmal dan bengkel yang boleh diaplikasikan bagi memenuhi aspek silibus pengajaran dan pembelajaran. Objektif utama lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman berkaitan tugas dan kerjaya staf di PMS. Berkenaan itu, ia juga dapat memberi percambahan idea dan kretiviti dalam usaha membangunkan JMSK yang baru di PMS.  Berikutan itu, PMS dan POLISAS juga dapat meningkatkan lagi kualiti P&P hasil daripada lawatan kerja ini.
            Diantara perkara yang sempat dibincangkan ialah berkaitan OBE, Micro-teaching,Mento-Mantee, Pengurusan makmal, Software, Penyelidikan dan Inovasi, Bank Soalan,  Jadual Waktu, Latihan Staff dan TSP, Peperiksaan, Kerja Kualiti, E-Learning, 5s, Aktiviti Khas,  Tadbir Urus Pejabat , Kecerian dan Kebajikan serta Keselamatan.
            Lawatan ini disertai oleh MOHD MAWARZI BIN HASSAN, ROSNI BINTI YUSOFF, MOHD FAIZ RAZALI, NORITA BT AHMAD, SARIZAN BT MUHAMAD  MURSID, SITI HUZAIFAH BINTI MOHAMMAD, LUQMAN NUL HAKIM BIN JUWARA, AZMI BIN MD NOR,MOHD FADLI BIN ARRIF,MOHD AZRIL BIN ABDUL KADER,SITI HADIJAH BINTI NORSANI, DAN SAFWAN BIN RUDY.






 Oleh : Mohd Faiz Razali dan Sarizan Muhamad Mursid JMSK.

No comments:

Post a Comment