Wednesday 27 April 2011

Lawatan Kerja Penandaarasan JMSK PMS ke JMSK POLISAS.....



                                  
          Pada 9 march 2011 yang lepas,  JMSK PMS telah menganjurkan satu lawatan kerja penandaarasan ke JMSK POLISAS berteraskan perkongsian ilmu bertujuan untuk mempelajari perkara-perkara teknikal berkenaan pengurusan jabatan serta mengetahui teknologi sistem makmal dan bengkel yang boleh diaplikasikan bagi memenuhi aspek silibus pengajaran dan pembelajaran. Objektif utama lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman berkaitan tugas dan kerjaya staf di PMS. Berkenaan itu, ia juga dapat memberi percambahan idea dan kretiviti dalam usaha membangunkan JMSK yang baru di PMS.  Berikutan itu, PMS dan POLISAS juga dapat meningkatkan lagi kualiti P&P hasil daripada lawatan kerja ini.
            Diantara perkara yang sempat dibincangkan ialah berkaitan OBE, Micro-teaching,Mento-Mantee, Pengurusan makmal, Software, Penyelidikan dan Inovasi, Bank Soalan,  Jadual Waktu, Latihan Staff dan TSP, Peperiksaan, Kerja Kualiti, E-Learning, 5s, Aktiviti Khas,  Tadbir Urus Pejabat , Kecerian dan Kebajikan serta Keselamatan.
            Lawatan ini disertai oleh MOHD MAWARZI BIN HASSAN, ROSNI BINTI YUSOFF, MOHD FAIZ RAZALI, NORITA BT AHMAD, SARIZAN BT MUHAMAD  MURSID, SITI HUZAIFAH BINTI MOHAMMAD, LUQMAN NUL HAKIM BIN JUWARA, AZMI BIN MD NOR,MOHD FADLI BIN ARRIF,MOHD AZRIL BIN ABDUL KADER,SITI HADIJAH BINTI NORSANI, DAN SAFWAN BIN RUDY.






 Oleh : Mohd Faiz Razali dan Sarizan Muhamad Mursid JMSK.

Program Mento Mente Sesi Disember 2010.


                                               

            Pada 3 march 2011, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menganjurkan program mento mente bagi mencapai keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang kepada pelajar terutama dalam bidang matematik. Sehubungan itu, sebanyak 9 org pensyarah JMSK dan 126 org pelajar semester 1 terlibat secara langsung. Program yang berlangsung dalam 3 jam ini banyak memberi manafaat kepada pelajar. Ketua Jabatan amat berpuas hati dengan program pertama kali diadakan di JMSK PMS.
            Dalam jangka masa yang panjang, program ini dapat membantu pelajar meningkatkan daya kefahaman dalam bidang matematik. Dalam masa seminggu, sekurang-kurangnya satu perjumpaan dengan mente diadakan bagi mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi dalam bidang matematik. Ini dapat membantu sedikit sebanyak sahsiah peribadi mereka kepada yang lebih baik.  









Oleh : mohd faiz razali,sarizan muhamad mursid,jmsk

Friday 18 March 2011

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik

Tarikh: 5 April 2011
Hari : Selasa
Tempat : DK1 & DK2 (JRKV)

Diwajibkan kepada semua pelajar yang mengambil kursus Mathematic 1 dan Discrete Mathematic